1. Harini genap seminggu hantar Zarif ke nurseri. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Dalam masa 2 hari dapat tau Kak Mira akan balik kg for good. 2 hari Zarif terpaksa dok dengan Mummy tanpa bantuan maid. Nasib baik SIL still on sem break. Dalam masa 3 hari survey nurseri dan lastly decide untuk hantar nurseri kat TTDI ni ja. dekat sikit nak hantar-jemput.
2. Setakat ni Zarif still adapting. Pagi-pagi masa hantar surely nangis la, sampai Ibu pun rasa sayu ja nak tinggalkan. Moga cepat la Zarif dapat menyesuaikan diri. Kat rumah keep on psaiko Ibu "Ayif taknak cikgu, Ayif taknak ustaz, Ayif taknak kawan2, Ayif nak Ibu ja". Bak kata Mama, kena la kuatkan hati.
3. Masih dalam tempoh percubaan untuk stop breastfeed Zarif. Dah 48 jam berlalu, cuma masa nak tido dan terjaga malam ja Zarif merengek nak susu Ibu. Kena banyak sabar la nak memujuknya. Almaklum Zarif kalau menagis kan macam kena pukul ja bunyinya. Mungkin lepas 2-3 minggu ok lah tu.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment