Tuesday, September 25, 2012

1. Harini genap seminggu hantar Zarif ke nurseri. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Dalam masa 2 hari dapat tau Kak Mira akan balik kg for good. 2 hari Zarif terpaksa dok dengan Mummy tanpa bantuan maid. Nasib baik SIL still on sem break. Dalam masa 3 hari survey nurseri dan lastly decide untuk hantar nurseri kat TTDI ni ja. dekat sikit nak hantar-jemput.

2. Setakat ni Zarif still adapting. Pagi-pagi masa hantar surely nangis la, sampai Ibu pun rasa sayu ja nak tinggalkan. Moga cepat la Zarif dapat menyesuaikan diri. Kat rumah keep on psaiko Ibu  "Ayif taknak cikgu, Ayif taknak ustaz, Ayif taknak kawan2, Ayif nak Ibu ja". Bak kata Mama, kena la kuatkan hati.

3. Masih dalam tempoh percubaan untuk stop breastfeed Zarif. Dah 48 jam berlalu, cuma masa nak tido dan terjaga malam ja Zarif merengek nak susu Ibu. Kena banyak sabar la nak memujuknya. Almaklum Zarif kalau menagis kan macam kena pukul ja bunyinya. Mungkin lepas 2-3 minggu ok lah tu.InsyaAllah.




Monday, May 21, 2012

tabung buluh: sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Dah lama cari tabung buluh ni. Kebetulan baru-baru ni pergi Cameron Highland. On the way turun, nampak ada orang jual tabung ni kat salah satu gerai-gerai kawasan air terjun (dah lupa nama air terjun). Lepas tawar-menawar dapatla harga RM35 (sebenarnya boleh dapat lagi murah kot!).

Sampai rumah terus bagi syiling kat Zarif untuk masukkan dalam tabung baru. Sebelum ni simpan kat dalam gelas ja. Tiap kali penuh dapatla dalam RM100. Duit tu la yang saya masukkan dalam akaun TH Zarif buat tambah simpanan tiap bulan. Kalau tabung buluh ni mesti lagi banyak, tinggi tuh. Zarif seronok ja nak isi tabung tu, sehari sampai 2-3 kali nak isi. Sekarang ni asal jumpa syiling mesti kata "duit tabung Ayif", termasuklah syiling dalam kereta. Exited betul hahaa.
tu dia, sama tinggi dengan tabung 

p/s: mulai sekarang Ayah ketepikan syiling untuk Zarif bukan lagi Ibu :|

Monday, July 25, 2011

I believe that imagination is stronger than knowledge -
That myth is more potent than history.
I believe that dreams are more powerful than facts -
That hope always triumphs over experience -
That laughter is the only cure for grief.
And I believe that love is stronger than death.